Sekali lagi Persatuan Belia Warisan Kenyalang diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Kuching untuk menganjurkan kejohanan futsal iaitu Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua LSUS- Futsal Terbuka KBS. Kali ini,kejohanan ini adalah bertujuan untuk memilih pasukan untuk mewakili Pasukan Negeri Sarawak pada Kejohanan Futsal KBS 2015 di PUTRAJAYA yang akan berlansung pada 27-29 November 2015. Pasukan yang menjadi Johan pada kejohanan futsal Terbuka KBS Peringkat Negeri Sarawak ini akan outomatik akan mewakili Pasukan Negeri Sarawak.

Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua LSUS-Futsal Terbuka Sarawak akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Ketegori Terbuka Lelaki Dan Terbuka Wanita. Setiap Kategori adalah terhad kepada 40 pasukan. Kejohanan ini juga adalah terbuka kepada seluruh rakyat sarawak yang berminat untuk menyertai kejohanan ini. Setiap pasukan yang bertanding adalah diatas tanggungan pasukan itu sendiri.



  KEJOHANAN LIGA SUKAN UNTUK SEMUA LSUS- FUTSAL TERBUKA KBS



PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Tarikh : 21-22 November 2015
Tempat : Coneli Futsal Arena Jalan Matang 93050 Kuching,Sarawak
Hadiah Terbuka Lelaki :
               Juara           - RM3000 Berserta Piala/Medal
               Naib Juara  - RM2000 Berserta Medal
               Ketiga          - RM1000 Berserta Medal
               Keempat     - RM500 Berserta Medal

Hadiah Terbuka Wanita
               Juara             - RM2000 Berserta Piala/Medal
               Naib Juara    - RM1500 Berserta Medal
               Ketiga            - RM1000 Berserta Medal
               Keempat        - RM500 Berserta Medal

TARIKH TUTUP PERYERTAAN : 18 NOVEMBER 2015

                                          
JUARA AKAN MEWAKILI NEGERI SARAWAK KE KEJOHANAN FUTSAL KBS 2015 DI PUTRAJAYA PADA 27-29 NOVEMBER 2015

Download Borang Kejohanan Futsal
Klik untuk download


  Borang Yang Lengkap boleh dihantar pada hari cabutan undi pada 19/11/2015 di tepian gelanggang@ KBS kuching bersebelahan Wisma Saberkas.